Friday 16 November 2012

Manjat...

HAAACHEEEMMMMM!!!!!......

Aduhai, dah berhabuk giler blog picisan ku ini. Paling latest aku review 30 Julai yang lepas.. Wahlaweh, hampir 4 bulan blog ini ku tinggalkan. Tarappapa, now I'm BACK!!

Gaya tulis macam, pengikut aku ramai pulak?!! Ha Ha Ha.. Siyesly, aku rindu untuk menuls, tapi atas faktor masa yang sering mencemburui diri ini, maka tak berusiklah jawabnya.

Alhamdulillah, aku baru saja tamat tempat latihan industri, lebih kurang 2 minngu jugaklah. So, sekarang masih meneruskan kerja di tempat praktikal, bukan sebagai trainee lagi taw.. I dah KERJA, u'olls. Hehehehehe, tapi sebagai temporary staff je la. Mungkin sampai bulan Januari 2013 atau selanjutnya, aku pun tak pasti. Depends on situation.

Ape2 pun, kerja je lah dulu buat sementara waktu ni. Daripada aku menjadi pengusaha anggur yang tak berjaya di rumah. Sekurang-kurangnya, ada gak manfaat aku keluar rumah, mengerah peluh dan keringat, demi mencari rezeki yang halal. Tapi peleuh tak berapa sangat kot coz kerja dalam ofis yang super-berhawa dingin. Kihkihkih

Cakap pasal kerja, pagi tadi as usual, sebelum melangkah kaki keluar rumah, aku mencari Inche Ayah di kamarnya. Tak lupa, tangan Mama Jay aku salam juga Macam biasa lah, minta restu dari mereka, nak pegi kerja kan. Dan Inche Ayah boleh cakap

"Haila ko ni diba, tak rupa macam orang kerja ofis. Gaya dah macam nak manjat gunung je..."

Aku membalas dengan yang perlahan

"Nak buat cemane, dah 2 laptop pikul kat belakang ni ha, dah kena la tuh nak manjat gunung pun..."

Memandangkan hanya aku saje yang bekerja pada hari ini, terpaksalah kena usung dua2 skali. Huhuhuuuu

Oklah, I'll make a move first. Almaklomlah, waktu kerja dah nak masuk nih. Aku kan pekerja yang berdedikasi. Teehehehehe

Sampai kita ketemu lagi. Lots of love 

Endnote: Moga hari ini, lebih baik dari hari semalam dan mohon segala urusan dipermudahkan. Amin. Salam hari Jumaat!!


Monday 30 July 2012

Ubah

 Tidak dinafikan,
 andai diri kurang pegangan, hidup jadi seperti lalang
Bergerak kiri ke kanan
Mengikut arah tiupan angin yang mendatang

Sudah tahu akan kekurangan
Maka berubahlah demi kebaikan
Kebaikan untuk sepanjang zaman

Berubah itu mudah
Akan tetapi nak mengekalkannya tu yang payah
Takut-takut hati jadi goyah

Tapi sampai bila mahu duduk di takuk lama
Bisa saja buat jiwa makin merana
Raga pula yang terseksa


Maka. langkah  pertama harus bermula
Bila?
Saat ini jua
Tekadkan hati, berubah kerana Dia Yang Maha Esa
InsyaAllah akan ada pertolongan dari-Nya

Jujurnya, kita tak kan boleh jadi orang lain. Akan tetapi kita boleh usahakan untuk menjadi yang lebih baik. Perubahan tidak membawa erti hanya dengan kata-kata, tetapi harus dibuktikan dengan tingkah laku dan selari dengan cara pemikiran. Yang penting harus bermula dengan niat yang ditekadkan. Mudah-mudahan.

Debot cakap:muhasabah diri ini. 



Sunday 29 July 2012

Sedia atau Tidak

Puan Ibu Angkat: Umur ko dah berapa?
Aku: 22 nak masuk 23
Puan Ibu Angkat:Haa,dah elok sangat nak cari cowoknye....
Aku: (Hanya mampu tersenyum)

Bila sudah tiba masanya
Dengan izin Yang Maha Esa
Berkat restu ibu bapa
Akan ku capai matlamat itu jua..

Cuma keadaan kini aku masih belum bersedia
Masih banyak yang perlu aku perbaiki sini-sana

Hati dan perasaan usah didesak
Bikin jiwa raga makin sesak

Biarlah ianya hadir semula jadi
Bertambah indah berlandaskan cinta hakiki
Cinta yang hadir kerna cinta Murabbi

Debot cakap: Masih mencari siapa yang bakal pelengkap sebelah jiwa ini?




Friday 29 June 2012

SUKA ATAU SAYANG

suka kadang bleh jadi tak suka, mcm fesbuk la, ada butang like dan at the same time kta bleh unlike blk..
suka juga sometimes bleh jadi benci if sesuatu itu membuatkan kta rasa annoy sangat..
suka boleh jadi jemu bila kta dah terlalu lama sangat bergantung ataupun gunakan sesuatu..

tapi bila dah sayang, boleh jadi kita rasa berat untuk lepaskan..
bila kta dah sayang kita seboleh-bolehnya nak pertahankan sungguhpun at the end kta juga bakal terluka..
bila dah sayang, rasa susah nak hilang..

debot said: sayangkah aku? aku masih keliru dengan perasaan...

Wednesday 13 June 2012

1 dah lepas

Seriously sangatlah psiko pabila first paper mula agak lewat. Di saat yang lain sudah melepasi 3 4 paper, aku baru 1. Cabaran nya, toksah dikata.

Mudah2an, baki akhir belajar dipermudahkan.

debot cakap: sangatlah takut nak masuk alam pekerjaan. Berganda2 takutnya bila tempat praktikal tak confirm2..huwaaaaa

Sunday 27 May 2012

Naluri Seorang Ibu berkata...

Di suatu petang yang nyaman, burung2 bertweeter antara satu sama lain, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Melayu*dang!!angin sepoi bahasa Melayu u'olls, bijak sungguh..heheeee

Aku mengeluarkan telefon tangan*direct translation, dari kocek beg ku.. Lalu pantas jejari runcingku menekan butang hijau, mencari dialling numbers. Sungguh mudah bukan..hahaaaa. List yang ku cari terpapar di skrin, lalu dengan sengih sumbingku, menekan butang itu sekali lagi. 

Talian disambungkan, panggilan dicapai..terdenganr suara yang menyambut panggilan

Aku: Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Puan A bt H       (Mama Jay,nama terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan*tak boleh blaa..hehee)
Mr Abang: Sekejap ye.


Lalu terdengar bualan kecil di balik talian sana..

Mr. Abang: Mak, ada orang nak cakap dengan mak
Mama Jay: Sape?
Mr. Abang: Entah, tak kenal

Ceyttt!! Sungguh la abang aku sorang ni, suara adik sendiri tak cam.. Memang nak kena balik nanti.. Ganggang bertukar tangan

Aku: Hallo,(sambil mengawal suara) saya dari Jabatan Kesihatan..(tak sempat aku meneruskan, Mama Jay mencelah dulu.sungguh la hai..)
Mama Jay: Ni sape?(nada seolah2 tahu siapa pemanggilnya..*mak aku pandai acting taw..hehee)
Aku: Laaa...orang la mak, dibah ni...
Mama Jay: Dah taw dah, mak kenal suara ko..

See..Mama Jay kenal suara aku yang lemak merdu ni*kihkihkihh. Perbualan pun diteruskan tapi tak perlu la kot rasanya nak citer panjang jela kat sini..karang 3hari 3malam takkan sudah. Cuma apa yang ingin kunyatakan di sini, walau macam mana sekalipun kita cuba untuk menyamar jadi orang lain, emak kita pasti dapat mengetahuinya. Apatah lagi nak menipu sekalipun, dia tetap dapat jejak trick kita tu. Even hanya di dalam telefon..

Sebab tulah, bila kita sedih, sakit, susah dan yang sama kaitan dengannya, orang yang mula2 recognize that situation ialah emak kita. Of course lah seorang emak atau ibu ni dapat rasa sebab she's carry us in almost 9months.. Tang mana yang dia tak dapat rasa,kan?? Itulah yang dikatakan, naluri seorang ibu...

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk bersama dengan mak a.k.a Mama Jay hinggalah saat ini. We actually shared many things. Kami gelak bersama, kami nangis bersama malah kami juga bergosip together...*heheee,sudah semestinya. Nak2 lagi bila aku semakin berjauhan dari pandangan mata Mama Jay, lagi rapat rasanya. 

Mungkin sesetenganh orang akan call family or parents depa sekali seminggu ke,apa ke aku tak pasti..Tapi aku, boleh dikatakan hari2 mesti nak dengar suara Mama Jay terchenta..macam tak lengkap je hari tu kalau aku tak call. No wonder, sometimes Inche Bro and Miss Akak dok bising kalau bil telefon melambung.. Sorry you guys...*heheeheee

Hailaa, mak..kalau mak baca ni,orang nak mak taw orang sayang sangat2 kat mak. Though, sometimes I'm not perfect to you, but you never neglect that imperfect =( Cuma, apa yang boleh orang katakan, I'm trying my best to be the best to you.till Jannah. Always be, InsyaAllah =)

Debot said: I miss my home,miss my mom's food. Now, already homesick =(


Friday 11 May 2012

credit:weheartit


Bila kata menjadi bisa
Bila sapa menjadi sepi
Bila senyum tiada rasa
Maka berdiam itu pengubat lara hati

Berusaha untuk menjadi yang terbaik demi memuaskan semua hati
Tapi lupa tiada makhluk di muka Bumi yang sempurna serba serbi

Rentak ke kiri rentak ke kanan
Melangkah dengan harapan
Agar diri ini bisa dikau sandarkan

Meski berkongsi suka

Sama-sama rasa duka
Tak bermakna seia sekata


Perlukah dinyatakan?
Mestikah dikatakan?
Haruskah adiungkapkan?
Maafkan kerna bukanlah mudah meluahkan
Kerna memilih untuk  menjaga hatimu, perasaan

Mungkin sama-sama perlukan waktu dan ruang
Melihat kembali apa yang kurang
Perbaiki segala kesilapan

Cuma satu yang ku mahu kau tahu
Walau tiba ribut taufan
Ku tetap kenangmu duhai teman
Sayangku padamu berkekalan
Kasihku akan dirimu hingga akhir zaman


credit:weheartit









Saturday 5 May 2012

fuhh...fuhh..fuhh..

Berhabuk giler bog picisan kami ni..
Padahal tak seberapa pun..
Mengomel entah ape2 je nanti..

Seriously kami rindu untuk menulis..
Tapi malas nak asah skill yang dah lama tumpul ni..
Dek kerana kekangan masa, tenaga and of coz the ideas..
Padahal kalau check draf list nuh..
Bersusun je entry2 yang belum selesai dilunaskan..
Hahahaaaaa

Mana taknye, asal tulis stop..
Padahai sebelum tu idea dah mencurah2..
Bila sat gi dah berjela-jela pung pang pong
Tetiba kemalasan menyambung tu menyerang..
Hehehee sebab tu lah kan..
Kami tak pernah nak involved mana2 pertandingan esei
Jaman muda-mudi dulu..kui3~

Tapi kan tapi kan... la ni kami ghasa kami nak hidupkan balik blog kami ni
Sekurang-kurangnya bila kami tak dapat nak luahkan secara lisan
Kami transform jadi tulisan
Cuma lepaih ni kami make sure kami takde lah nak mengomel benda yang
Entah ape2 je, nanti nampak macam kebudakan
Kami dah besar ok though muka je babyface ckit..heheheee

Kami cuba nak berkongsi sesuatu yang benefits sungguhpun ianya sedikit
Takpelah..bak kata pepatah "better something than nothing"
Bukankah "sharing is caring"?
Hopefully la kan bukan hangat2 tahi ayam...euwwwww

Baiklah *pasai pa skema giler ni kami mahu berundur dulu
Ni kira mukadimah untuk perjalanan baru kami
InsyaAllah ada kelapangan esok lusa tulat tulit kami citer lagi..

Sekian....=)

coretan:kami ghindu memori2 kami dolu2..huwaaa 

Tuesday 6 March 2012

Pembuka Kata





"...Berhentilah bermimpi di siang hari. Kerna ia hanyalah fantasi yang tak mampu untuk di miliki...


Namun, tekadkan lah impian kerna ia mampu menjadi sebuah kenyataan..."


[Debot, 2012]

Wednesday 22 February 2012

dah kata dah ...

Assalamualaikum w.b.t

See, tak capai pun masa target, dengan tak sabor nye aku dah pun mengaktifkan semula muka buku. Hahahaaa..Ceyt, cakap tak super bikin ini budak... Aku rasa paling lama aku dapat berahan pun lebih kurang 2 minggu.

Tapi aku pikir balik, berguna sebenarnya muka buku ni. Nak2 lagi dengan kemajuan teknoogi la ni, orang semua gunakan benda alah tu untuk sampaikan ape2 maklumat. Nan-hado lagi tampal memo-memo ni segala. Kalau ada pun sangat la limited. Tak kuasa nak buat satu2 edar ke pelosok tempat kann.

Itu pasal la aku ambil keputusan tu..Heheeeee.. Tapi!!!! doesnt mean la aku nak sambung kerjaya tak bertauliah aku dulu, ye dak? Mungkin lepas ni aku juz open it untuk mengetahui perkembangan semasa. Yang selebihnya tu bergantung pada keadaan..heheheeee

So, till meet then =)

p/s: mungkin aku perlukan kurangkan untuk berkata-kata

Friday 17 February 2012

rumusannya adalah ....

Assalamualaikum w.b.t

Cuti sem 5 aku bakal berakhir sat je lagi.. Esok aku dah nak kembali pun ke alam "persekolahan" yang aku tinggalkan kejap.. Heheee, macam budak sekolah pulak once guna term "persekolahan".. Jadi mahasisiwi ni *kerek kann?, saat paling best adalah cutinya. Depends on situatiation, cuti semester boleh jadi 2 minggu hingga ke 3 bulan.. See, betapa lamanya kan...

Sangat bosan kalau cuti yang panjang tu tak dimanfaatkan sepenuhnya.*macamlah aku manfaatkan sangat..heheee. Tulah, sebelum cuti, ceh dah bermonolog buat list-to-do time cuti tapi hampehh.. Nan-hado aku laksanakan sepenuhnya. Tetiba je ada suara menyarankan supaya 'cuti adalah cuti, maka berehatlah sepanjang waktu itu'.. Ceytt, boleh pulak begitu..

Tapi at least, ada gak 1 2 perkara dari listed-to-do tu yang aku buat. Cuma kan, bila M.A.L.A.S menguasai diri, minta maaf ye orang2 rumah..heheehheee..

Bila dah nak balik, itu jam lah terdetik 2 3 perasaan dalam hati.. Sedih ada, sayu ada n so on lah.. Yang sama waktu dengannya. Tapi kali ni aku dapat rasakan kelainan tu berganda coz inilah perjalanan pulangku ke tmpt bljar yang terakhir.. Mungkinlah.. *Itupun kalau hasratku nak sambung lagi sampai master kat sana tak kesampaian..

Bukan tak yakin, tapi yelah kan, kita hanya merancang, selebihnya atas ketentuan Sang Maha Pencipta. Kalau rezeki masih dipanjangkan untuk belajar kelak, insyaAllah aku teruskan. If tiada, mungkin ada something yang terbaik untuk aku lepas tu.. Who knows??

Dannnn...kerana itu jugalah, sem terakhir ni, aku nak tingkatkan keazaman aku ke arah yang lebih baik.. Though, aku taw aku telah membazirkan 5 sem lepas begitu sahaja.....*sigh

Usah dikenang barang yang lepas.. Let bygone be bygone. Life must goes on jugakk.. Ye dakk?

Makanya, dengan itu aku bakalin list kan resolutions for this coming sem:


  • Aku telah pun nyahaktifkan akaun laman muka buku untuk sementara waktu coz hasil testimoni ke atas diri aku sendiri, banyak masa ku yang sudah2 tu dihabiskan dengan facebooking ni.. Even aku bukanlah sang ratu status, tapi jangan tak taw, aku ni queen of stalker noh.. Oleh sebab itulah, aku kena paksa rela untuk menyahaktifkan untuk sementara waktu...heheheee
  • Lebih fokus semasa kuliah barangkali..heheeee..kadang tu, tapi aku rasalah selalu kot, takde satu kelas pun yang aku attend, aku tak tidur. Takkan terlepas walau sepicing dua.. Teruk kan? Macam mana nak dekan? Atau mungkin aku bakal sertakan bekalan kopi kapal api paling tidak pun nescafe 3-in-1.. *erkkk, prefer Nescafe Mocha tin kaler purple kot..heheee
  • Mungkin lepas ni, aku harus merajinkan diri aku ke library agaknya.. Almaklomlah, library la ni dah ada 2 part. Selalu guna the 1st part itu pun tak habis jelajah.. Pelik aku, library yang dah sedia ada tu sebesar gajah dan tak habis teroka lagi*atau mungkin aku yang kurang rajin kot , dibuatnya satu lagi.. Hopefully,naik ni dah boleh guna gamaknya..
  • Akhir sekali, untuk entri ni je lah, *tak berdaya aku nak list kan lagi, tu nanti aku sambung untuk entri2 yang berikutnya lah kot, setiap perkara yang bakal dilakukan, niat harus diperbetulkan. Haruslah berpaksi kerana Dia Yang Maha Esa, bukan sebab orang tu, orang ni.. Barulah boleh berkat setiap pekerjaan yang dilakukan kan? Mungkin khilaf aku dulu, buat sesuatu perkara tu takde matlamat yang jelas atau sebab orang2 tertentu..


Last but not least, hopefully segala yang direncanakan bakal terlaksana dengan jayanya. Mudah2an.. Amin
Oklah, I've got to go. Till meet then *alaaa, macam ada orang lain yang baca pulak kan??

p/s : this is the long entry ever aku buat. Udah ghupa esei bm pulakk
p/s/s : tak nak balik boleh..malas nak kemas..hahaaaa

Thursday 16 February 2012

aku taw .....

Assalamualaikum w.b.t

Hmmmmmmmm..*sigh 


Aku taw apa yang aku buat tadi salah. Tapi aku terpaksa.. Demi menjaga banyak hati, aku terpaksa lakukan.
Bak kata pepatah, diluah mati mak, ditelan mati bapak..* ke terbalik?? 


Tidak bercakap jujur atau kata mudahnya membohong bukanlah kegemaran aku. Tapi apekah daya aku terpaksa jua. Hati mereka aku perlu jaga.. Aku terpaksa sebab tak nak A kecil hati, aku terpaksa jua kerana tak nak E dimarahi.. Aku tersepit di antara 2.

Maafkan aku A, sebab aku sayang dua2. aku berbuat sebegini....

p/s: lusa dah nak jejak the 2nd rumah...haihhhh, kejapnye cuti kann

make it slowly

Assalamualaikum w.b.t

Aku tak taw, masuk kali ni entah ke berapa kali aku berbuat sedemikian.. Lebih 3 kali, mungkin 10, atau seberapanya lah. Dan hopefully lah kali ni tekad ku panjang mintaknya.

Tadaaaa, aku dah deaktifkan pun laman muka buku.. Ini tanda sokongan terhadap adikku jugak coz dia pun deaktif sebab nak PMR..*k, fine aku tipu..heheee


Ekceli, aku nak cabar diri sendiri, sejauh mana ketahanan aku melawan nafsu-nafsi dok online t 24 jam. Siyesly, bila dah berfacebooking nanti, baik setting tuk 5 minit boleh jadi 5 jam. Sobab tu lah aku nak off kan diri dari social media networking ni.

Almaklomlah, sem dpn ni adalah penghabisan. Kiranya, sejajar dgn azam baru lah kot..chewahhh..1 hal lagi, aku bukanlah tipikal dok update status kt fb nuh tp rajin menstalking orang. So, bagi mengurangkan aktiviti tu, inilah caranya kan?? *elehh mcm cara lain tak boleh pakai pulak?? Tengoklah nanti, 1 fine day aku akan bukak gak, masa tu mungkin aku dah boleh control ke-addicted-an aku dgn fb ni kot..hahaa..

Wokeyhhh, I've got to go.. Till meet then.. So, chill k  =)



Saturday 11 February 2012

.:: CHANGE ::.



Assalamualaikum

Berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya

Tapi, tak taw nak mula dari mana...*sigh

Mulakan dgn yang kecil dulu atau the basic one

Barulah further dgn benda2 lain

Biarlah perubahan itu berkekalan, bukan separuh jalan, itu yang aku takutkan

Moga hari esok masih ada untuk aku mulakan

Mudah-mudahan...

p/s : aku rasa aku nak tukar & kekalkan penggunaan kata ganti diri "aku" lepas ni kerna itu yang ku rasakan cocok dgn jiwa ini..ngehngeh... Biarlah jadi diri sendiri daripada berpura2 menjadi diri orang lain sungguh pun aku kadang2 mengalami multiple-person-disorder (tak taw betul ke aku sebut ni..heheeeee)

Saturday 4 February 2012

HIDUP

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum w.b.t

Hakikat hidup takkan lari daripada badai yang melanda. Terkadang kita terlalu menginginkan kesempurnann tapi kita lupa tiada yang sempurna di muka Bumi ini melainkan Dia Yang Maha Esa lagi Berkuasa.

Jangan dikesali dengan apa yang terjadi akan tetapi cubalah perbaiki kelemahan sana-sini.

Bersyukur dengan apa yang diberi kerna mungkin ada di belakang sana tak perolehi seperti apa yang didapati.

Hidup ini indah. Indahnya ia dengan warna-warni. Hargailah selagi masih diberi peluang untuk merasai..

Wallahualam

Saturday 14 January 2012

RASA ...

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua moga bahagia

Masa yang seharusnya di utilize untuk study but I waste it with this kind of stuff, huh? Seriously, when the mood is fly away, I don't know what to do..

Hokeyhh2, just give few minutes to share my thought here.kihkihkihh

Sebagai manusia biasa kita takkan lari dari kenyataan untuk terasa dengan apa2 saja. Tipulah kalau hati u'olls semua tak rasa apa2 if somebody around did something yang boleh mengecilkan hati tu *the fact is, hati manusia tak pernah mengecil. Am I right?

Back to topic, I know dalam kita dok menjaga hati people around kita takkan assume yang kita boleh menyakiti or somehow kita disakiti.. *you know better yourself, kan?

Kadang nak terlalu menjaga tingkah laku ni or tutur kata sekalipun susah. Contohnya bila kita bergurau of course in our side, that joking is such joking. Nothing at all. But, how about with other party? Mungkin mereka tidak menganggap itu sebagai gurauan akan tetapi boleh menjadi punca perselisihan. You guys get what I mean kan?

Hmmmmm, susah kan? Kita takkan mampu nak puaskan hati semua orang because we are not perfect. Betul tak, so whatever yang kita bakal or nak buat sekalipun, let it be naturally that really comes from your sincerity.   People might have difference thoughts about you but they don't have the right to judge on you. So let it be and take it positively, ok :-)

So, till meet then..

Wassalam =)

Endnote: I'm a wordless person but it doesn't mean that I've nothing to say. You know what, silent is better than loud. Just keep it by yourself and let Allah s.w.t knows better.
Endnotes: There's no credito to weheartit because it really comes from the bottom of my heart. So, if you guys terkecil hati dengan coretan I ni, I really sorry, ok =)

Friday 13 January 2012

UNTITLE ...

Another 2 papers to go, but.....

I'm not in mood to study!!!!

Why, huhhh????!!

STUDY MOOD please come back to me right now!!!!

Endnote: Okay i nak kejar that mood balik. Ni lah payah nye kalau paper habis lambat...*sigh

Thursday 12 January 2012

COMING SOON ...

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua moga bahagia





I'll getting older soon!!!! Macam tak percaya usia I makin meningkat ke satu lagi tingkat umur.. Sudah tua umur I rupanya..kihhkihhkihh

I'll becoming 22 u'olls!! Mengikut apa yang tercatat in my birth certificate, at 9.15am on this coming 16 January a.k.a this Monday la senang citer, maka genaplah usia I yang manis mulus ni #silaperasan 22. hahahaa

Pejam celik...pejam celik dah masuk era 20-an diri yang tak sedor2 lagi ni? heheeee. I rasakan macam baru je semalam I baru dapat result UPSR though itu citer 10 tahun lepas, kadang2 terasa jugak macam baru je amik PMR sungguhpun dah 7 tahun ia berlalu and dah 5 tahun rupanya zaman SPM I..*sigh

Seriously, becoming an adult ni *InsyaAllah coming soon sometimes make me scared.

Are you scared? For what debot, huh??
Yelah makin berusia seseorang tu makin banyak komitmen yang bakal dibawa kelak, makin banyak cabaran dan dugan dalam dunia yang penuh pancaroba ini #tetibaemotikniapakes

So, selama ni takde komitmen la??ooohhh, pelishhh laaa...
Erkkk? Don't get me wrong,ok.. Know what, when talking about commitments and of course a lots and lotssss of responsibilities must put on it. Nak2 lagi zaman sekarang ni too many things yang berlaku. Orang kata dah makin besar ni, dah tak boleh nak buat ikut sesuka hati lagi dah. Kalau dulu nak buat itu ini kadang kita tak terpikir buruk dan baiknya. Aci redah je. Asal hati puas. Nak buat, silakan.. Tak buat, boleh jalan..heheee

Tapi sekarang dah lain la. Kena fikir sedalam-dalamnya baik buruk sesuatu perkara. Kalau baik, ya boleh teruskan dan tingkatkan, kalau buruk baik elakkan dan kalau boleh jangan dibuat terus..Habis citer... Then ada satu hipotesis yang boleh dibuat:

H0(disebut H-null): Semakin meningkat usia, semakin bergerak kita meniti kematangan
H1:Otherwise
*sorry to say I'm not sooo good in Experimental Design..sorry ya Miss L..heheee

Are you regret for what happened to you before?
Ohhhfooo, of course I'm not. Malah I bersyukur-syukur sangat. Alhamdulillah :-) At least I learned something yang I takkan jumpa dalam mana2 buku. U'olls carilah jurnal mana skalipun atau buku ensiklopedia yang tebal2 skalipun, benda2 ni semua takkan memberitahu korang the truly meaning of real life melainkan korang alami sendiri, belajar sendiri dari every single pengalaman korang tu. And, soon it'll become your best guideline to conduct your upcoming future.. Mudah2an..

Endnote: Dah makin berumur ni kan, feel nak celebrate besday makin kurang #gayasimpatimintadisambut.. tapi kalau ada org yg organizekan, apa salahnya kan??hahaa

Credito: weheartit (pic)

Sunday 8 January 2012

THINK IT ...





Assalamualaikum, salam sejahtera, kepada anda semua moga bahagia


Alhamdulillah, I already finished with 2 exam papers. Another 4 more to go. Chaiyokkk2!!!

You know what, exam kali ni, I feel a bit different rather than before. This time punyalah dok kalut buat tu buat ni. Try buat past years Q's la, buat nota kaki and so on.. Klu sebelom2 ni, jangan haraplah...Non-hado.. So, jangan contohi sikap ini ye next time..heheheee

K la, that not my point yang sebenar. Actually, I'm just wanna share my feelings or might be my thoughts to you guys today. It's up to you lah to take take or leave it. No offences pun..kui3~

Dalam daily life kita, kita takkan lari dari mereka2 orang yang akan and dok bercakap pasal diri kta kan? Sometimes it might be good or bad. Depends on how you think it :-)

Means that you menjadi pemerhatian orang atau you sendiri menjadi sang pemerhati..huhuu. The way you talking, acting, thinking and serba serbilah akan diperhatikan. It's normal, hokeyhh. Just to make it clear, perhatian and pemerhatian ada lah sesuatu yang berbeza ye, for me lah. So, don't misunderstand my point here :-)

Once diri kita di-observe ni, akan adalah kata2 yang positif and negatif towards you. At first, it might be not nice to hear and of course akan terasa sikit*Manusia kan punya feeling nak sensitif2 bagai ni..hekhekhek But, when it comes to second thought, actually that words are really good for you :-) Trust me..

At least, you know ada juga orang yang ingin memperbetulkan diri you kan? Nampak tak, they care for you sebenarnya. Bare in your mind that nobody perfect in this world. Dan diri kita sendiri takkan pernah lari dari melakukan kesilapan even once.

So, just accept what they've been said to you. If you guys tak boleh nak terima bulat2 at that time sekalipun, jangan sesekali react with bad reaction. Tak berapa manis lah begitu kan? Just give them smile and said thank you. Next plak, think once again about what they've already said tu and try make a change. That's it.

Actually, dolu2 pun I pun bukanlah tergolong dalam golongan seperti itu :-) But, after I realize 1-by-1 yang berlaku in my life, I keep on learning to change being a better person. InsyaAllah :-) So, ni kira salah satunya to-do-list changing.heheee..

People can change. From nothing to something. From bad to good. Bukan nak jadi sempurna tanpa cacat cela but melakukan anjakan paradigma ke arah suatu kebaikan  Don't underestimate what they wanna do and let think positive k :-)

Till meet then.. Assalamualaikum :-)

Credito: weheartit (pic)

Wednesday 4 January 2012

MATAKU KELABU ...

Assalamualaikum, salam sejahtera, kepada anda semua moga bahagia...

Hollaa!!! Eh..eh..eh.. Sempat lagi I berblog sedngkan examku esok malam(mengikut tarikh sekarang)??? Cakap pasal exam, of cuz la I tengah study*bukan nak bajet hokeyhh. Siyes tak tipu, la ni I tgh dok study ni.

Tapikan2, I'm gonna be stress juz now cuz subjek yang I dok pulun ni sgt2 lah kesusahannya tu. Tulah padahnya bila dlm kelas duk membuta kan?? Harus lah jadi begini. Hokeyhh, debot you deserved for it!!*monolog dalaman. Hamboihh, eating inside I taw..heheee

See, I tak tipu you, I mmg dok stress la ni, but ini bukanlah diriku yg sbnr.kihkih3~

On my desk ni, sudah berterabur buku rujukannya, slidenotes yang tak berapa lengkap l coz kejenya membuta dalam kelas*sorry Miss H, buku contengnye, mesin kira2*calculator la, stationaries hmm ape lagi ek dan segala bagai laa. Ohhhhh, stresss!!!

Tapi kan, tgh2 I dok searching-mecing tadi, I've got something nice to share:


Hmmmmmm...mungkin I perlukan something yang super-duper-tuper lazat to eat. Or I can say it might be like this


or this


or this one  pun ok kot


Nampak tak?? Nafsu kuda padi betul..hahahaa Erkkk, kuda padi makan ke semua ni??kihkihkih. Kalau ice cream and macaroons tu, I selalu and pernah makan la jugak tapi pavlova ni hmmm tak berkesempatan lagi daa.. Tengok mcm sedap je tapi tak tahu la kan?? Tulah pabila nafsu maakan menguasai diri...hahaaaha

See, niat study I menyimpang jauh ni..kehhkehhkeehh.. No lah, once I dah stuck, ni la jadinya..heheee. Stop study to entertain myself. But it for a while, hokeyhh. Juz wanna release the stress plus nak relax2 till chill..hohooo.

Orite2, kata for a while kann?? So, rite now I wanna back to my business. Till we meet then :-)
Assalamualaikum...

Endnote: I realize button A lappy mcm gonna be something je
Endnotes: Hmmm, I mula terpikir to update about my study life, subjek ape yang I amik for the whole course ni and etc. Thanx wenot for your suggestion tu. Akan dipikirkan kemudian :-))
Endnotesss: Ohhohoo, forecasting please be nice for me, my dear (-:
Endnotessss: I'm not pretty sure kot la my title ni ada kena-mengena dak dgn jalan citer??*ahhhh hada haku kesah?? Nan-hado kann??!.heheheeee 

Credito: weheartit for the awesome pics yang I amik ni ^_____^





Sunday 1 January 2012

NEW BREATHE ...

Assalamualaikum


Pejam celik pejam celik dah tahun baru. Alhamdulillh, masih diberi peluang menghirup udara segar pagi ni. Ditambah plak dari malam sampailah tengah hari ni hujan selebat-lebatnya. Memang syok la kann?? Inilah yang dikatakan hujan rahmat.. Mungkin.. :-)

It's not my tradisi la nak celebrate new year. Bagi I takde bezanya new year tahun ni compare dgn tahun2 yang sudah. Just take note je la yang tahun tu tukar bersilih ganti.

This year, I hope it'll better than recent..heheee. Yelah, tahun ni jugak I bakal menginjak 22. Dah tua you'olls..kih3~

My last word, Happy New Year 2012!!! my peeps :-)

Endnote: Ready to revise. Ohhh, forecasting please be nice to me, yawww :-D
Credit to: weheartit (picture)