Assalamualaikum w.b.t
Sangat bosan kalau cuti yang panjang tu tak dimanfaatkan sepenuhnya.*macamlah aku manfaatkan sangat..heheee. Tulah, sebelum cuti, ceh dah bermonolog buat list-to-do time cuti tapi hampehh.. Nan-hado aku laksanakan sepenuhnya. Tetiba je ada suara menyarankan supaya 'cuti adalah cuti, maka berehatlah sepanjang waktu itu'.. Ceytt, boleh pulak begitu..
Tapi at least, ada gak 1 2 perkara dari listed-to-do tu yang aku buat. Cuma kan, bila M.A.L.A.S menguasai diri, minta maaf ye orang2 rumah..heheehheee..
Bila dah nak balik, itu jam lah terdetik 2 3 perasaan dalam hati.. Sedih ada, sayu ada n so on lah.. Yang sama waktu dengannya. Tapi kali ni aku dapat rasakan kelainan tu berganda coz inilah perjalanan pulangku ke tmpt bljar yang terakhir.. Mungkinlah.. *Itupun kalau hasratku nak sambung lagi sampai master kat sana tak kesampaian..
Bukan tak yakin, tapi yelah kan, kita hanya merancang, selebihnya atas ketentuan Sang Maha Pencipta. Kalau rezeki masih dipanjangkan untuk belajar kelak, insyaAllah aku teruskan. If tiada, mungkin ada something yang terbaik untuk aku lepas tu.. Who knows??
Dannnn...kerana itu jugalah, sem terakhir ni, aku nak tingkatkan keazaman aku ke arah yang lebih baik.. Though, aku taw aku telah membazirkan 5 sem lepas begitu sahaja.....*sigh
Usah dikenang barang yang lepas.. Let bygone be bygone. Life must goes on jugakk.. Ye dakk?
Makanya, dengan itu aku bakalin list kan resolutions for this coming sem:
- Aku telah pun nyahaktifkan akaun laman muka buku untuk sementara waktu coz hasil testimoni ke atas diri aku sendiri, banyak masa ku yang sudah2 tu dihabiskan dengan facebooking ni.. Even aku bukanlah sang ratu status, tapi jangan tak taw, aku ni queen of stalker noh.. Oleh sebab itulah, aku kena paksa rela untuk menyahaktifkan untuk sementara waktu...heheheee
- Lebih fokus semasa kuliah barangkali..heheeee..kadang tu, tapi aku rasalah selalu kot, takde satu kelas pun yang aku attend, aku tak tidur. Takkan terlepas walau sepicing dua.. Teruk kan? Macam mana nak dekan? Atau mungkin aku bakal sertakan bekalan kopi kapal api paling tidak pun nescafe 3-in-1.. *erkkk, prefer Nescafe Mocha tin kaler purple kot..heheee
- Mungkin lepas ni, aku harus merajinkan diri aku ke library agaknya.. Almaklomlah, library la ni dah ada 2 part. Selalu guna the 1st part itu pun tak habis jelajah.. Pelik aku, library yang dah sedia ada tu sebesar gajah dan tak habis teroka lagi*atau mungkin aku yang kurang rajin kot , dibuatnya satu lagi.. Hopefully,naik ni dah boleh guna gamaknya..
- Akhir sekali, untuk entri ni je lah, *tak berdaya aku nak list kan lagi, tu nanti aku sambung untuk entri2 yang berikutnya lah kot, setiap perkara yang bakal dilakukan, niat harus diperbetulkan. Haruslah berpaksi kerana Dia Yang Maha Esa, bukan sebab orang tu, orang ni.. Barulah boleh berkat setiap pekerjaan yang dilakukan kan? Mungkin khilaf aku dulu, buat sesuatu perkara tu takde matlamat yang jelas atau sebab orang2 tertentu..
Last but not least, hopefully segala yang direncanakan bakal terlaksana dengan jayanya. Mudah2an.. Amin
Oklah, I've got to go. Till meet then *alaaa, macam ada orang lain yang baca pulak kan??
p/s : this is the long entry ever aku buat. Udah ghupa esei bm pulakk
p/s/s : tak nak balik boleh..malas nak kemas..hahaaaa
No comments:
Post a Comment