Sunday 27 May 2012

Naluri Seorang Ibu berkata...

Di suatu petang yang nyaman, burung2 bertweeter antara satu sama lain, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Melayu*dang!!angin sepoi bahasa Melayu u'olls, bijak sungguh..heheeee

Aku mengeluarkan telefon tangan*direct translation, dari kocek beg ku.. Lalu pantas jejari runcingku menekan butang hijau, mencari dialling numbers. Sungguh mudah bukan..hahaaaa. List yang ku cari terpapar di skrin, lalu dengan sengih sumbingku, menekan butang itu sekali lagi. 

Talian disambungkan, panggilan dicapai..terdenganr suara yang menyambut panggilan

Aku: Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Puan A bt H       (Mama Jay,nama terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan*tak boleh blaa..hehee)
Mr Abang: Sekejap ye.


Lalu terdengar bualan kecil di balik talian sana..

Mr. Abang: Mak, ada orang nak cakap dengan mak
Mama Jay: Sape?
Mr. Abang: Entah, tak kenal

Ceyttt!! Sungguh la abang aku sorang ni, suara adik sendiri tak cam.. Memang nak kena balik nanti.. Ganggang bertukar tangan

Aku: Hallo,(sambil mengawal suara) saya dari Jabatan Kesihatan..(tak sempat aku meneruskan, Mama Jay mencelah dulu.sungguh la hai..)
Mama Jay: Ni sape?(nada seolah2 tahu siapa pemanggilnya..*mak aku pandai acting taw..hehee)
Aku: Laaa...orang la mak, dibah ni...
Mama Jay: Dah taw dah, mak kenal suara ko..

See..Mama Jay kenal suara aku yang lemak merdu ni*kihkihkihh. Perbualan pun diteruskan tapi tak perlu la kot rasanya nak citer panjang jela kat sini..karang 3hari 3malam takkan sudah. Cuma apa yang ingin kunyatakan di sini, walau macam mana sekalipun kita cuba untuk menyamar jadi orang lain, emak kita pasti dapat mengetahuinya. Apatah lagi nak menipu sekalipun, dia tetap dapat jejak trick kita tu. Even hanya di dalam telefon..

Sebab tulah, bila kita sedih, sakit, susah dan yang sama kaitan dengannya, orang yang mula2 recognize that situation ialah emak kita. Of course lah seorang emak atau ibu ni dapat rasa sebab she's carry us in almost 9months.. Tang mana yang dia tak dapat rasa,kan?? Itulah yang dikatakan, naluri seorang ibu...

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk bersama dengan mak a.k.a Mama Jay hinggalah saat ini. We actually shared many things. Kami gelak bersama, kami nangis bersama malah kami juga bergosip together...*heheee,sudah semestinya. Nak2 lagi bila aku semakin berjauhan dari pandangan mata Mama Jay, lagi rapat rasanya. 

Mungkin sesetenganh orang akan call family or parents depa sekali seminggu ke,apa ke aku tak pasti..Tapi aku, boleh dikatakan hari2 mesti nak dengar suara Mama Jay terchenta..macam tak lengkap je hari tu kalau aku tak call. No wonder, sometimes Inche Bro and Miss Akak dok bising kalau bil telefon melambung.. Sorry you guys...*heheeheee

Hailaa, mak..kalau mak baca ni,orang nak mak taw orang sayang sangat2 kat mak. Though, sometimes I'm not perfect to you, but you never neglect that imperfect =( Cuma, apa yang boleh orang katakan, I'm trying my best to be the best to you.till Jannah. Always be, InsyaAllah =)

Debot said: I miss my home,miss my mom's food. Now, already homesick =(


Friday 11 May 2012

credit:weheartit


Bila kata menjadi bisa
Bila sapa menjadi sepi
Bila senyum tiada rasa
Maka berdiam itu pengubat lara hati

Berusaha untuk menjadi yang terbaik demi memuaskan semua hati
Tapi lupa tiada makhluk di muka Bumi yang sempurna serba serbi

Rentak ke kiri rentak ke kanan
Melangkah dengan harapan
Agar diri ini bisa dikau sandarkan

Meski berkongsi suka

Sama-sama rasa duka
Tak bermakna seia sekata


Perlukah dinyatakan?
Mestikah dikatakan?
Haruskah adiungkapkan?
Maafkan kerna bukanlah mudah meluahkan
Kerna memilih untuk  menjaga hatimu, perasaan

Mungkin sama-sama perlukan waktu dan ruang
Melihat kembali apa yang kurang
Perbaiki segala kesilapan

Cuma satu yang ku mahu kau tahu
Walau tiba ribut taufan
Ku tetap kenangmu duhai teman
Sayangku padamu berkekalan
Kasihku akan dirimu hingga akhir zaman


credit:weheartit









Saturday 5 May 2012

fuhh...fuhh..fuhh..

Berhabuk giler bog picisan kami ni..
Padahal tak seberapa pun..
Mengomel entah ape2 je nanti..

Seriously kami rindu untuk menulis..
Tapi malas nak asah skill yang dah lama tumpul ni..
Dek kerana kekangan masa, tenaga and of coz the ideas..
Padahal kalau check draf list nuh..
Bersusun je entry2 yang belum selesai dilunaskan..
Hahahaaaaa

Mana taknye, asal tulis stop..
Padahai sebelum tu idea dah mencurah2..
Bila sat gi dah berjela-jela pung pang pong
Tetiba kemalasan menyambung tu menyerang..
Hehehee sebab tu lah kan..
Kami tak pernah nak involved mana2 pertandingan esei
Jaman muda-mudi dulu..kui3~

Tapi kan tapi kan... la ni kami ghasa kami nak hidupkan balik blog kami ni
Sekurang-kurangnya bila kami tak dapat nak luahkan secara lisan
Kami transform jadi tulisan
Cuma lepaih ni kami make sure kami takde lah nak mengomel benda yang
Entah ape2 je, nanti nampak macam kebudakan
Kami dah besar ok though muka je babyface ckit..heheheee

Kami cuba nak berkongsi sesuatu yang benefits sungguhpun ianya sedikit
Takpelah..bak kata pepatah "better something than nothing"
Bukankah "sharing is caring"?
Hopefully la kan bukan hangat2 tahi ayam...euwwwww

Baiklah *pasai pa skema giler ni kami mahu berundur dulu
Ni kira mukadimah untuk perjalanan baru kami
InsyaAllah ada kelapangan esok lusa tulat tulit kami citer lagi..

Sekian....=)

coretan:kami ghindu memori2 kami dolu2..huwaaa