Monday 30 July 2012

Ubah

 Tidak dinafikan,
 andai diri kurang pegangan, hidup jadi seperti lalang
Bergerak kiri ke kanan
Mengikut arah tiupan angin yang mendatang

Sudah tahu akan kekurangan
Maka berubahlah demi kebaikan
Kebaikan untuk sepanjang zaman

Berubah itu mudah
Akan tetapi nak mengekalkannya tu yang payah
Takut-takut hati jadi goyah

Tapi sampai bila mahu duduk di takuk lama
Bisa saja buat jiwa makin merana
Raga pula yang terseksa


Maka. langkah  pertama harus bermula
Bila?
Saat ini jua
Tekadkan hati, berubah kerana Dia Yang Maha Esa
InsyaAllah akan ada pertolongan dari-Nya

Jujurnya, kita tak kan boleh jadi orang lain. Akan tetapi kita boleh usahakan untuk menjadi yang lebih baik. Perubahan tidak membawa erti hanya dengan kata-kata, tetapi harus dibuktikan dengan tingkah laku dan selari dengan cara pemikiran. Yang penting harus bermula dengan niat yang ditekadkan. Mudah-mudahan.

Debot cakap:muhasabah diri ini. 



Sunday 29 July 2012

Sedia atau Tidak

Puan Ibu Angkat: Umur ko dah berapa?
Aku: 22 nak masuk 23
Puan Ibu Angkat:Haa,dah elok sangat nak cari cowoknye....
Aku: (Hanya mampu tersenyum)

Bila sudah tiba masanya
Dengan izin Yang Maha Esa
Berkat restu ibu bapa
Akan ku capai matlamat itu jua..

Cuma keadaan kini aku masih belum bersedia
Masih banyak yang perlu aku perbaiki sini-sana

Hati dan perasaan usah didesak
Bikin jiwa raga makin sesak

Biarlah ianya hadir semula jadi
Bertambah indah berlandaskan cinta hakiki
Cinta yang hadir kerna cinta Murabbi

Debot cakap: Masih mencari siapa yang bakal pelengkap sebelah jiwa ini?