Tidak dinafikan,
andai diri kurang pegangan, hidup jadi seperti lalang
Bergerak kiri ke kanan
Mengikut arah tiupan angin yang mendatang
Sudah tahu akan kekurangan
Maka berubahlah demi kebaikan
Kebaikan untuk sepanjang zaman
Berubah itu mudah
Akan tetapi nak mengekalkannya tu yang payah
Takut-takut hati jadi goyah
Tapi sampai bila mahu duduk di takuk lama
Bisa saja buat jiwa makin merana
Raga pula yang terseksa
Maka. langkah pertama harus bermula
Bila?
Saat ini jua
Tekadkan hati, berubah kerana Dia Yang Maha Esa
InsyaAllah akan ada pertolongan dari-Nya
Jujurnya, kita tak kan boleh jadi orang lain. Akan tetapi kita boleh usahakan untuk menjadi yang lebih baik. Perubahan tidak membawa erti hanya dengan kata-kata, tetapi harus dibuktikan dengan tingkah laku dan selari dengan cara pemikiran. Yang penting harus bermula dengan niat yang ditekadkan. Mudah-mudahan.
Debot cakap:muhasabah diri ini.